Friday, March 1, 2013

FILEM KARTUN DALAM BAHASA ARAB TRANSLIT BAHASA MELAYU

TERJEMAHAN TAFSIR DISEDIAKAN OLEH HINDUN NURUL AHADIAH


TERJEMAHAN TAFSIR DISEDIAKAN OLEH
HINDUN NURUL AHADIAH BINTI MAT SUAUD

Terjemahan Al-Quran

Surah Yunus Ayat 5:

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السّنِيْنَ وَالحْسَابَ مَا خَلَقَ اللهُ ذَلِكَ إِلاَّ بِالْحَقِّ يُفَصِّلُ الأيَاَتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ (5(

Terjemahan Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran

-          Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar ( terang benderang ) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempat peredaran masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Tidaklah Allah menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya (tanda-tanda kebesaran-Nya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmah semua kejadian-Nya).

Terjemahan Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan

-          Dialah yang menjadikan matahari terang benderang dan bulan bercahaya, serta Dialah yang menetapkan beberapa manzilah (paksi-paksi peredaran masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan hak (adanya faedah yang sebenar). Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya (tanda-tanda kebesaran-Nya) satu persatu bagi orang yang mahu mengetahui.

Ulasan:

-          Pada tafsir Pimpinan Ar-Rahman perkataan Matahari menggunakan 2 istilah iaitu bersinar-sinar dan terang benderang, manakala pada Tafsir Al-Quran Mushaf Malaysia hanya menggunakan satu istilah sahaja.

 

-          Pada Tafsir Pimpinan Ar-Rahman :- menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempat peredaran. Pada Tafsir Al-Quran Mushaf Malaysia pula :-menetapkan beberapa manzilah (paksi-paksi peredaran masing-masing)

 

-          Pada Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, di akhir ayat ini menggunakan maksud: bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmah semua kejadian-Nya). Manakala Tafsir Al-Quran Mushaf Malaysia pula ialah : bagi orang yang mahu mengetahui.


Surah Al-Hijr Ayat 16

 


Terjemahan Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran

-          Dan demi sesungguhnya kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.

 

Terjemahan Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan

-          Sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit, bintang-bintang dan kami memperindahkan langit itu bagi orang yang melihatnya;

Ulasan:

-          Tafsir Pimpinan Ar-Rahman  seolah-olah ingin memberikan peneguhan kerana menggunakan perkataan ‘Dan demi sesungguhnya’. Dan seterusnya memperincikan bintang-bintang dengan perkataan berbagai bentuk dan keadaan serta perkataan langit menggunakan istilah hiasi. Manakala Tafsir Al-Quran Mushaf Malaysia hanya menggunakan istilah ‘Sesungguhnya’. Kemudian perkataan bintang-bintang tidak diperincikan tetapi pada perkataan langit sangat menarik diterjemahkan kerana menggunakan istilah memperindahkan

 

 

 

TERJEMAHAN TAFSIR DISEDIAKAN OLEH MUNALIZA HUSIN( GB01198 )


DISEDIAKAN OLEH MUNALIZA BTE HUSIN (GB 01198 )          

TERJEMAHAN TAFSIR SURAH AL-TAKWIR AYAT 1-2…

ترجمهن تفسير سوره التكوير ايات 2-1 ......

        اذا الشمس كورت (1)

         1 ) Terjemahan Mushaf Malaysia:                                                                    

                             Apabila matahari digulung cahayanya dan hilang lenyap ( 1 )

      2) Terjemahan Pimpinan Ar-Rahman:

                             Apabila matahari dilingkari cahayanya dan hilang lenyap ( 1 )                                          

             

ULASAN:  

Terjemahan Mushaf Malaysia dan Pimpinan Ar-Rahman memberikan terjemahan tafsir                                       yang  sama pada perkataan matahari , Cuma kedua-duanya berbeza dari tafsiran keseluruhan ayat pada perkataan  digulung dan dilingkari sahaja.    

 

     واذا النجوم انكدرت (2 )    

1)   Terjemahan Mushaf Malaysia:

 

            Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak ( 2 )

 

2)   Terjemahan Pimpinan Ar-Rahman:

 

            Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak ( 2 )

 

ULASAN:

Terjemahan Mushaf Malaysia dan Pimpinan Ar-Rahman memberikan terjemahan tafsir yang sama pada perkataan bintang dan keseluruhan ayat.

PEMBERIAN LANGIT


Terjemahan Arab ke Melayu

                                               PEMBERIAN LANGIT


Seorang  petani berhenti rehat di tepi ladangnya, dia merenung ke arah tangkai gandum, tangkai yang condong dan bersinar, seperti ombak emas. Dan dia berasa takjub pada dirinya dan berkata:

-          Kalaulah bukan kerana tanganku yang kasar dan keras ini, takkan ada gandum yang sebegini  banyak!

 

Maka langit yang di atas tersenyum..

 

Berkata salah satu dari batang gandum:

-          Kami lebih berhak dapat pujian itu, asalnya kami bijirin yang kering, tertanam di dalam tanah, kami serap makanan dari dalam tanah, dan kami tembusi tanah itu, maka tumbuhlah kami sedikit demi sedikit sehingga kami besar, dan bercambah setiap satu biji keluar 100 tangkai darinya..

 

Dan langit yang di atas pun tersenyum..

 

Berkatalah tanah:

-            Aku yang lebih utama, aku yang jaga biji benih itu sejak kecil lagi, aku beri dia makanan sehingga dia besar, kalaulah bukan kerana aku, takkan hidup biji benih itu dan takkan kenyang lah petani itu!

 

Dan langit di atas tersenyum lagi.

 

 

            Pada tahun berikutnya, sungguh subur, hujan tidak turun, panas terik, kemarau telah melanda dan merebak..sedihlah bumi yang gersang, bibir yang dahaga pun ikut kering (merekah).

            Biji benih tadi sedih, dalam kegelapan tanah,takut mimpi-mimpi indah akan mati, dan tidak nampak cahaya.

 

            Petani turut sedih akan kehilangan usahanya dan merasa belas kasihan terhadap anak-anaknya yang tidak berdaya.

 

            Dan sedih juga langit yang penuh kasih sayang untuk mereka semua, maka menurunkan ke bumi, awan yang dermawan, membawa hujan dan juga kegembiraan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

عطاء السماء

        وقف الفلاح، على طرف حقله، يرنو إلى سنابل القمح، وهي تميل وتلمع، كأمواج من ذهب، فانتشى إعجابا بنفسه، وقال :

        - لولا كفاي الخشنتان، لما كان هذا القمح الوافر!

        فابتسمت السماء في العلاء ...

        قالت إحدى السنابل :

        - نحن أولى بالفضل، كنا حبوبا يابسة، مدفونة في التراب، فامتصصنا الغذاء، وشقفنا التراب، وصرنا ننمو، شيئا فشيئا، حتى كبرنا، وأنبتت كل حبة، سنبلة فيها مئة حبة!

        وابتسمت السماء في العلاء...

        قالت الأرض:

        - أنا صاحبة الفضل، احتضنت البذور صغيرة، وأرضعتها حتى صارت كبيرة، فلولا ترابي، لما نبت قمح، ولا شبع فلاح!

وابتسمت السماء في العلاء.

وجاءت السنة التالية، شديدة مجدبة، فانقطع المطر، واشتد الحر، وانتشر الجفاف .. حزنت الأرض القاحلة، ويبست شفاهما الظامئة..

حزنت البذور، في ظلمة التراب، وخافت أن تموت أحلامها، ولا ترى النور.

حزن الفلاح على جهده الضائع، وأشفق على عياله البائسين.

وحزنت السماء الرحيمة على الجميع، فأرسلت إلى الأرض، سحبا سخية، تحمل الأمطار والأفراح..

 

PPPJ2443

KELAS  2

Terjemahkan teks di bawah ke bahasa Arab

Pada zaman dahulu, terdapat seorang pembesar Melaka bernama Tun Perak. Beliau bertugas sebagai Bendahara Melaka. Tun Perak seorang yang bijaksana dan panjang akal.

 

Sultan Melaka amat sayang akan Tun Perak. Baginda sedar, disebabkan jasa dan kebijaksanaan Tun Peraklah kerajaan Melaka semakin kuat dan terkenal.

 

Raja Siam berasa kurang senang akan hal itu. Menurut baginda, Kerajaan Siam lebih kuat daripada Kerajaan Melaka.

 

“Negeri Siam lebih kuat daripada Melaka!” Kata Raja Siam dengan angkuhnya.

 

“Tuanku! Kalau begitu, kita boleh uji mereka. Jika mereka tewas, negeri Melaka akan jatuh ke tangan kerajaan tuanku”, kata salah seorang pembesar Siam.

 

Raja Siam bersetuju akan pendapat  pembesarnya itu. Baginda memang mahukan Melaka menjadi jajahan takluk Kerajaan Siam.

 

“Benar kata pembesar itu”, kata Raja Siam.

 

 


كان في زمان الماضية , يوجد كبراء في ملاكا  اسمه تون فيراق. وظيفته هو رائيس الوزراء. تون فيراق رجل فطين و بعيد النطر.

 

يحبه السلطان ملاكا حبا جما. والمالك يعلم بسبب خدمته وذكائه دولة ملاكا أصبح قوي وشهوري.

 

ومالك سيام لم يرتاح بهذا الحال. ويرى أن مملكة سيام أقوى من مملكة ملاكا.

 

"مملكة سيام أقوى من مملكة ملاكا!" قال مالك سيام بالفخر.

 

"يا مولي ! إذن  نختبرهم.  إذ بالغلابة,  مملكة  ملاكا سيسقط في بيدك", قال احد من كبراء سيام.

 

وافق المالك على الرأى هذا الرجال. هو يريد أن يدخل ملاكا تحت سيطرته.

 

"طبعا  صدقت ", قال مالك سيام. 

 

TERJEMAHAN TAFSIR DISEDIAKAN OLEH ZURINA BTE ISMAIL


DISEDIAKAN OLEH ZURINA ISMAIL

SURAH AL-NAJM AYAT

                                           

والنجم اذا هوى              

1. Terjemahan Tafsir Pimpinan al-Rahman: Demi bintang semasa ia menjunam

2. Terjemahan Al-Quran Mushaf Malaysia: Demi bintang ketika terbenam

Perbezaan yang terdapat dalam kedua-dua terjemahan ayat satu surah al-najm ialah pada perkataan semasa ia menjunam dan ketika terbenam namun dari segi maksud kedua-dua terjemahan ini masih membawa maksud dan pengertian yang sama iaitu menunjukan bahawa Allah telah bersumpah bahawa wahyu yang diturunkan kepada nabi Muhammad adalah benar seperti bintang semasa atau ketika ia menjunam atau terbenam.

SURAH AL-QAMAR AYAT 1

اقتربت الساعة و انشق القمر           

 

1. Terjemahan Tafsir Pimpinan al-Rahman: Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.

2. Terjemahan Al-Quran Mushaf Malaysia: Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.

Dalam kedua-dua terjemahan ayat satu surah al-Qamar ini tiada menunjukan perbezaan dari segi perkataan atau maksud ayat.

ترجمهن الذئب والكلاب


                                                                             الذئب و الكلاب

                                                                   

كانت الاغنام, تسوم في المرعى, وادعه امنة, لا تخاف من الذئب , اذ كان ثلاثة من الكلاب......

وكان الراعي الطيب , يجلس في ظل ظليل تحت شجرة وارفه يعزف الحانا شجية تهفو لها الاغصان وتهيم بها الانسام......

وفي هذه الاثناء كان  ذئب مخاتل يرصد الاغنام خلسة  ويلتقت الى الكلاب فلا يجرؤ على الاقتراب....

وفجأه.....

ابصر الكلاب تقتتل وقد انشغل بعضها ببعض.......

ضحك الذئب مسرورا وقال في نفسه:

الان امكنتنيالفرصة!

واقترب الذئب من القطيع فشاهد نعجة قاصية فوثب عليها سريعا وانشب انيابه فيها .....

اخذت النعجة تثغو و تستغيث......

سمع الكلاب الثغاء الاليم فكفوا عن القتال وتركوا الخصام  والخلاف وانطلقوا جميعا الى الذئب وحينما راهم مقبلين طار فؤاده ذعرا فافلت النعجة وانسل هاربا لا يلوي على شىء...

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                    SEEKOR SERIGALA DENGAN BEBERAPA EKOR ANJING

 

            Adapun terdapat kambing- kambing yang sedang meragut rumput di padang rumput, dengan damai
          dan tenang, kambing-kambing itu tidak merasa takut dengan serigala kerana terdapat tiga ekor anjing
          yang sedang menjaganya…

            Dan selain itu terdapat seorang pengembala kambing yang baik hati yang sedang duduk  di bawah
         bayangan pokok yang redup dan rendang, sedang meniup seruling dengan  mengalungkan sebuah lagu
          yang sedap di dengar,  dan dahan pokok itu juga turut meliuk lentuk dengan kemerduan alunan bunyi itu…

            Dan pada ketika ini, terdapat seekor serigala yang sedang mengendap dan mengintip kambing-
         kambing tersebut, dan serigala juga turut melihat beberapa ekor anjing maka takutlah sang serigala 
         untuk menghampiri dan  mendekati kambing-kambing itu…

            Dan tiba-tiba….

            Serigala melihat anjing-anjing tersebut bergaduh sesama sendiri , tanpa mengendahkan apa yang 
          berlaku disekelilingnya….

            Maka ketawalah sang serigala dengan gembira dan berkata di dalam dirinya….

            “Sekarang inilah peluang keemasan aku!”

            Maka  sang serigala mendekati  tawanan kambing-kambing itu , terlihatlah dia akan seekor kambing
          betina yang duduk bersendirian, maka tanpa berlengah lagi sang serigala terus  menerkam dengan laju
           kearahnya, dengan membenamkan gigi keatas badan kambing betina tersebut,…

            Meronta-rontalah kambing betina itu kerana kesakitan , lalu menjerit meminta pertolongan….

            Terdengarlah anjing-anjing itu akan jeritan sayu tersebut, lalu berhenti dan terus meninggalkan 
          segera akan pergaduhan yang berlaku, dan  semuanya berlari kearah serigala tersebut, dan ketika
        melihat anjing-anjing itu menghampiri kearahnya, hilanglah semangat sang serigala, maka dia segera     
mele melepaskan kambing betina itu dan terus berlari menyelamatkan diri dengan tidak mempedulikan apa-apa
             apa  pun yang berlaku…..