Friday, March 1, 2013

TERJEMAHAN TAFSIR DISEDIAKAN OLEH HINDUN NURUL AHADIAH


TERJEMAHAN TAFSIR DISEDIAKAN OLEH
HINDUN NURUL AHADIAH BINTI MAT SUAUD

Terjemahan Al-Quran

Surah Yunus Ayat 5:

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السّنِيْنَ وَالحْسَابَ مَا خَلَقَ اللهُ ذَلِكَ إِلاَّ بِالْحَقِّ يُفَصِّلُ الأيَاَتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ (5(

Terjemahan Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran

-          Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar ( terang benderang ) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempat peredaran masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Tidaklah Allah menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya (tanda-tanda kebesaran-Nya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmah semua kejadian-Nya).

Terjemahan Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan

-          Dialah yang menjadikan matahari terang benderang dan bulan bercahaya, serta Dialah yang menetapkan beberapa manzilah (paksi-paksi peredaran masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan hak (adanya faedah yang sebenar). Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya (tanda-tanda kebesaran-Nya) satu persatu bagi orang yang mahu mengetahui.

Ulasan:

-          Pada tafsir Pimpinan Ar-Rahman perkataan Matahari menggunakan 2 istilah iaitu bersinar-sinar dan terang benderang, manakala pada Tafsir Al-Quran Mushaf Malaysia hanya menggunakan satu istilah sahaja.

 

-          Pada Tafsir Pimpinan Ar-Rahman :- menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempat peredaran. Pada Tafsir Al-Quran Mushaf Malaysia pula :-menetapkan beberapa manzilah (paksi-paksi peredaran masing-masing)

 

-          Pada Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, di akhir ayat ini menggunakan maksud: bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmah semua kejadian-Nya). Manakala Tafsir Al-Quran Mushaf Malaysia pula ialah : bagi orang yang mahu mengetahui.


Surah Al-Hijr Ayat 16

 


Terjemahan Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran

-          Dan demi sesungguhnya kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.

 

Terjemahan Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan

-          Sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit, bintang-bintang dan kami memperindahkan langit itu bagi orang yang melihatnya;

Ulasan:

-          Tafsir Pimpinan Ar-Rahman  seolah-olah ingin memberikan peneguhan kerana menggunakan perkataan ‘Dan demi sesungguhnya’. Dan seterusnya memperincikan bintang-bintang dengan perkataan berbagai bentuk dan keadaan serta perkataan langit menggunakan istilah hiasi. Manakala Tafsir Al-Quran Mushaf Malaysia hanya menggunakan istilah ‘Sesungguhnya’. Kemudian perkataan bintang-bintang tidak diperincikan tetapi pada perkataan langit sangat menarik diterjemahkan kerana menggunakan istilah memperindahkan

 

 

 

No comments:

Post a Comment